Berita Hari ini

Kronologi kehilangan Datin Seri Pamela Ling, diculik selepas hendak melaporkan suami ke SPRM

Polis mengklasifikasikan kehilangan seorang wanita yang dikenali sebagai Pamela Ling dijadualkan hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya pada 9 April lalu bagi memberi keterangan berkaitan satu siasatan sebagai kes culik.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata laporan polis berkaitan kehilangan wanita itu diterima di Balai Polis Presint 7 Putrajaya pada jam 3.02 petang hari sama.

Berikut adalah butiran kronologi kehilangan wanita itu, Datin Seri Pamela Ling Yueh.

9 April 2025 (Selasa)

1.29 tengah hari, Pamela memulakan perjalanan dari Jalan Cheras menggunakan perkhidmatan e-hailing Grab menuju ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya.

1:52 tengah hari: Lokasi terakhir telefon bimbitnya dikesan berhampiran Lebuhraya MEX, berdekatan Pusat Bandar Putra Permai.

1:57 tengah hari: Pamela menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp kepada peguamnya, memaklumkan beliau sedang dalam perjalanan dan dijangka tiba di SPRM pada jam 2:08 petang.

Selepas 2 petang: Panggilan dan mesej daripada keluarga serta peguamnya tidak mendapat maklum balas. Mesej WhatsApp tidak dihantar, dan panggilan tidak dijawab.

3:02 petang: Peguam Pamela membuat laporan polis di Balai Polis Presint 7, Putrajaya, mengenai kehilangan beliau.


10 April 2025

– Peguam Pamela membuat laporan polis kedua di Balai Polis Seri Kembangan.


2 Mei 2025

– Keluarga Pamela mengeluarkan kenyataan media, memohon bantuan orang ramai untuk menyalurkan maklumat mengenai keberadaan beliau. Mereka menyatakan bahawa kereta Grab yang dinaiki Pamela telah dipintas oleh tiga kenderaan tidak dikenali, dan beliau diarahkan masuk ke salah satu dari kereta berkenaan.


3 Mei 2025

– Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, mengesahkan bahawa kes ini disiasat di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan, iaitu berkaitan penculikan atau melarikan orang dengan niat untuk mengurung secara salah. Beberapa saksi, termasuk pegawai SPRM dan peguam mangsa, telah dirakamkan kenyataan mereka.

4 Mei 2025

– Tiada perkembangan baharu dilaporkan. Pamela masih belum ditemui, dan usaha pencarian diteruskan. Polis sudah merakam keterangan 12 individu setakat tarikh ini dan memaklumkan semakan sudah dibuat dengan pihak Jabatan Imigresen berhubung rekod keluar masuk Pamela Ling di negara ini. Selain itu, polis mengesahkan tiada tuntutan wang tebusan diterima.


14 Mei 2025

-Menurut laporan terkini, The Edge melaporkan dokumen mahkamah difailkan Ling di Singapura mendedahkan dakwaan bahawa Hah secara salah mengisytiharkan produk daging tanpa sijil halal sebagai halal bagi mengeksploitasi kadar cukai import yang lebih rendah.

Dalam dokumen mahkamah yang dipetik The Edge itu, Ling berkata: Hah jelas bimbang akan kesan daripada pemalsuan dokumen yang dipertikaikan.

Maklumat Tambahan:

– Pamela, 42 tahun, adalah isteri kepada ahli perniagaan dari Sarawak, Datuk Seri Thomas Hah Tiing Siu. Mereka sedang dalam proses perceraian yang rumit di Malaysia dan Singapura, membabitkan harta bernilai tinggi.

– Menurut peguamnya, Datuk N Sivananthan, Pamela dan suaminya sedang disiasat oleh SPRM berkaitan kes pengubahan wang haram.

– Keluarga Pamela meminta sesiapa yang mempunyai maklumat untuk menghubungi bapanya, Ling Kie Yii di 012-8867979 atau abangnya, Simon Ling Wan Siong di 012-8866799

Kredit: Berita Harian, Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top