Berita Hari ini

Lelaki Dari Indonesia Mengaku Tuhan, Ajar Pengikut Ritual Ibadah Dengan Cara Pelik

Lelaki ini bernama Frengky Monim atau FM berasal dari Genyem Papua, Indonesia. Beliau menggemparkan Indonesia kerana memimpin ajaran sesat yang kini mempunyai pengikut seramai 20 orang.

Mereka beribadah dengan tidak memakai sebarang pakaian. Ketika melakukan ibadah, pintu hadapan rumah perlu ditutup dan pintu bahagian belakang di buka. Ibadah dilakukan pada waktu malam dengan suasana yang gelap.

Selepas beribadah FM membenarkan pengikutnya untuk melakukan seks bebas dalam kalangan komuniti mereka.

FM turut mendakwa yang dia mampu menyembuhkan orang sakit, menjamin pengikut masuk syurga dan menggelar diri sebagai tuhan yang bernama “Ayah Frengky Monim”.

Menurut pihak berkuasa, kumpulan ajaran sesat ini aktif sejak 3 bulan lalu. Mereka mendirikan pondok tempat beribadah di belakang sebuah sekolah. Bimbang lebih ramai lagi terpengaruh, penduduk kampung telah mengusir mereka pada awal bulan lalu. FM dan pengikutnya dikatakan telah lari ke Sorong, iaitu daerah lain di Papua.

Kredit: Sinar

Back To Top